IBADAH HAJI


MENUNAIKAN HAJI DIBAITULLAH

Mengerjakan haji adalah merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji ke Makkah sekali seumur hidup.Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram pada masa yang ditetapkan dan merupakan bulan haji  bertujuan untuk mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala yang wajib.

Firman Allah Taala dalam Surah Ali-Imran ayat 197 yang bermaksud :Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, maksudnya : Islam dibina di atas lima perkara, Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Mengerjakan haji, Berpuasa di bulan Ramadhan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.  Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi

 Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie ialah:

*      Islam: Syarat utama untuk mengerjakan haji seseorang itu haruslah berugama Islam. Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.

*      Merdeka. Seseorang itu berkeadaan bebas dalam melaksanakan pekerjaan dan perbuatan seharian. Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.

*      Mukallaf.Seseorang yang cukup keadaan fizikal dan berupaya untuk mengerjakan haji

*      Berkemampuan dengan syarat:

o   Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air

o   Ada kenderaan pergi dan balik.

o   Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.

o   Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.

o   Aman perjalanan.

o   Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

Agama Islam telah menjelaskan terdapat empat jenis Ibadah Haji yang dilaksanakan. Persetujuan daripada ulama-ulama Ibadat Haji dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

*      Haji Tamattuk

*      Haji Qiran

*      Haji Ifrad

*      Umrah

Rukun-rukun Haji
*      Niat ihram mengerjakan haji Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).       


*      Wukuf di Arafah :Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijah sehinggalah terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
*      Tawaf di Kaabah :Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajarul Aswad.
*      Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah Sa'i, ialah lari-lari anak atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah
.
*      Bergunting atau bercukur rambut :Mencukur rambut atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai rambut
*      Tertib pada kebanyakan rukunnya: Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan yang dahulu didahulukan dan tidak melangkau antara satu rukun dengan rukun yang lain



*      Pengertian Dam

Asal makna dam ialah darah, dipakai sebagai nama binatang ternakan yang disembelih kerana menebus kesalahan atau menutupi kekurangan dalam masa mengerjakan haji atau umrah. Kemudian digunakan perkataan ini untuk sebarang denda ganti penyembelihan. Binatang yang boleh disembelih untuk laksanakan Dam ialah binatang itu mesti sudah sampai umur dan boleh dibuat korban serta tidak ada sebarang penyakit serta cukup sifatnya. Dam afdal dibayar pada waktunya. Ada masanya pula seseorang tidak boleh bertahallul melainkan setelah membayar dam. Semua dam mesti dibayar di tanah haram kecuali Dam kerana terkepong atau terhalang dari meneruskan haji atau umrahnya .Pelaksanaan yang membayar dan mesti ada ijabnya dengan lafaz.



*      Haji Mabrur

Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah, Melakukan ibadah fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.Apabila mengerjakan Haji semua perbelanjaan mengerjakan haji adalah berpunca daripada yang halal.Apabila melakukan ibadat haji kita hendaklah melakukan dengan sebenar-benar ikhlas dan melakukan sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan maksiat atau melakukan perkara yang membawa kepada dosa dan tidak fasiq maka dosanya akan diampunkan dan dia kembali seolah-olah seperti bayi yang dilahirkan oleh ibunya (suci tanpa dosa).

Haji adalah merupakan rukun Islam kelima, maka sebagai orang Islam berusahalah kita agar dapat menegerjakan haji dan memperolehi haji yang mabrur. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan