SOLAT FARDU


 
SOLAT LIMA WAKTU
Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
PENGERTIAN SOLAT:
Ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
WAKTU SOLAT:
1.   Solat Zohor : Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
2.   Solat Asar : Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
3.   Solat Maghrib : Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
4.   Solat Isyak : Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
5.   Solat Subuh : Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Syarat wajib solat:
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Rukun solat:
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1.    Berdiri bagi yang mampu (Fi’li)
2.    Niat(Qalbi)
3.    Takbiratul Ihram (Fi’li)
4.    Membaca surah Al-Fatihah (Qauli)
5.    Rukuk dengan tama’ninah(Fi’li)
6.    Iktidal dengan tama’ninah (Fi’li)
7.    Sujud dengan tama’ninah (Fi’li)
8.    Duduk di antara dua sujud (Fi’li)
9.    Duduk Tasyahhud Akhir (Fi’li)
10. Membaca bacaab Tasyahhud Akhir (Qauli)
11. Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam Tasyahhud Akhir (Qauli)
12. Mengucapkan salam yang pertama (Qauli)
13. Tertib (Qalbi)
Note:tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)

Persediaan sebelum menunaikan solat
Perkara-perkara makruh semasa solat
  • Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  • Memandang ke atas (mendongak).
  • Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  • Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  • Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  • Bercekak pinggang.
  • Menyinsingkan kain atau baju.
  • Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  • Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
  • Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan