Isnin, 12 Disember 2011

rancangan rancangan mengajar rancangan mengajar tahun rancangan mengajar tahun 4 tahun 4


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 4

01 - Beriman Kepada Qada dan Qadar
02 - Wahdaniah
03 - al-Qudrat
04 - al-Salam
05 - al-Hadi
06 - Pengertian Dosa dan Pahala
07 - Peristiwa di Gua Hira'
08 - Mukjizat al-Quran
09 - Dakwah Rasulullah Secara Sulit dan Terang
10 - Hijrah ke Habsyah
11 - Pembesar Mekah Menerima Seruan Rasulullah
12. Tentangan Terhadap Rasulullah S.A.W.

BAB 6 (PENGERTIAN DOSA DAN PAHALA)
PERKARA-PERKARA YANG MENDATANGKAN PAHALA

Pahala adalah balasan baik yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya di akhirat kelak. Firman Allah Taala dalam surah Surah Al-Zalzalah( الزلزلة سورة ) iaitu surat ke-99 dalam Al Quran ayat ketujuh iaitu فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ yang bermaksud Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Walaubagaimanapun sesuatu amalan yang dilaksanakan hendaklah diikuti niat yang ikhlas mengharap keredaan Allah S.W.T.Antara perkara-perkara yang mendatangkan pahala adalah solat, puasa, zakat, haji, bersedekah, tolong-menolong, membaca Al-Quran, menghormati orang tua, menuntut ilmu, menghormati sesama makhluk, mengajar perkara yang baik, mengajak membuat kebaikan, berjihad fisabilillah, memajukan ekonomi dan sebagainya.
             Contoh amalan-amalan yang boleh mendapatkan pahala:


Solat adalah tiang agama, waktu solat sehari semalam lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.Sebagai seorang Islam kita wajib melaksanakannya. Solat Zohor empat rakaat, Asar empat rakaat, Maghrib tiga rakaat, Isya’ empat rakaat dan Subuh 2 rakaat.

Berpuasa di bulan ramadhan adalah perkara yang wajib dilaksanakan dan ia adalah rukun Islam yang ketiga. Meninggalkannya adalah salah dan berdosa

Menunaikan haji adalah Rukun Islam yang kelima yakni ia diwajibkan ke atas orang yang mampu. Hati yang jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh mengerjakannya boleh mendatangkan pahala besar.
Menuntut ilmu dalam Islam adalah satu dari Fardu Ain dan sangat dititikberatkan sehinggakan ayat Al-Quran pertama yang diturunkan pun menyuruh agar kita menuntut ilmu (Surah Al-Alaq).
Amalan sedekah adalah antara amalan yang dijanjikan Allah kekal hingga hari akhirat. Bersamalah kita bersedekah dengan hati yang ikhlas.


PERKARA-PERKARA YANG MENDATANGKAN DOSA
Dosa adalah balasan buruk yang akan diazabkan oleh Allah S.W.T. kepada hambanya yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranganNya di akhirat kelak. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Zalzalah ( الزلزلة سورة) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ yang bermaksud Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.Antara perkara-perkara yang boleh membawa kepada berdosa dan kemurkaan Allah S.W.T adalah mencuri, mengumpat, murtad, syirik, menganiaya makhuk lain dan sebagainya.
            Contoh amalan-amalan yang boleh mendapatkan pahala:


Menyekutukan Allah adalah salah dan sangat dilarang dalam Islam. Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara syirik.Antara perkara-perkara syirik ialah mempercayai perkara lain lebih berkuasa daripada pencipta sekalian makhluk yakni Allah S.W.T.

Membunuh adalah perkara yang sangat keji. Memudaratkan dan sangat dilarang dalam Islam. Membunuh adalah merupakan satu dosa yang sangat besar


Mencuri, meragut, merompak serta makan makanan yang bukan hak kita adalah salah dan dilarang dalam Islam.Hukumnya adalah dosa besar.

Menganiaya makhluk lain adalah perbuatan yang keji. Kita disuruh agar bukan sahaja menghormati orang lain malah kita perlu menghormati makhluk lain seperti haiwan kerana mereka juga adalah hamba Allah S.W.T.
Amalan mengumpat adalah antara kesukaan syaitan. Jauhilah amalan mengumpat kerana azab dosa mengumpat amat pedih seperti yang telah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Surah Al-Zalzalah( الزلزلة سورة ) adalah surat ke-99 dalam Al-Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan tergolong pada surat Madaniyah. Surat ini diturunkan setelah Surah An-Nisaa’.Nama Az Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang bererti 'goncangan' dan terdapat pada ayat pertama surat ini.Isi Kandungan menceritakan kejadian pada hari kiamat di mana bumidigoncangkan dan manusia bertanya-tanya mengenai kejadian saat itu. Dan janji bahawa setiap kebaikan dan kejahatan walau sekecil apapun akan mendapatkan perhitungan

Terjemahan ayat
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.  إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),

            2.  وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا
             dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,
3.      وقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا    
dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?"
4 .  يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا
pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

5.   بِأَنَّ  رَبَّكَ  أَوْحَى  لَهَا     
kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

6.      يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ
 Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.


7.فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.

            Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula

Contoh Rancangan pengajaran harian Pendidikan Islam Tahun 4

Definisi pahala dan dosa serta perkara-perkara yang mendatangkan pahala dan dosa

Hari                 : Selasa

Tarikh             :11 Oktober 2011

Masa               :10.05-10.35

Tahun/ Tahap :4/2

Bidang            : Akidah

Tajuk               : Pahala dan dosa

Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran murid dapat menilai tiga perbuatan yang mendapat ganjaran pahala dan tiga perbuatan yang mendapat balasan dosa.

Aras 1             : Murid dapat mengetahui definisi pahala dan definisi dosa.

Aras 2             : murid dapat menilai tiga perbuatan yang mendapat ganjaran pahala dan tiga                            perbuatan yang mendapat balasan dosa

Aras 3             : Hikmah Allah S.W.T menyediakan ganjaran pahala bagi insan yang mentaati perintahnya dan balasan dosa bagi insan yang mengingkari arahan Allah S.W.T.

Penerapan nilai murid   : Yakin, tekun.

Pengetahuan sedia ada:Murid pernah diajar tentang dosa dan pahala.

Bahan bantu mengajar : Kad manila, papan putih, kad imbasan.

Gabung jalin                 :Ibadah

K.B.K.K.                         :Banding beza


Langkah/masa
Isi pelajaran
Aktiviti P&P
catatan
Mukaddimah
(2minit)
Doa Penerang hati
Guru menyuruh murid bersama-sama menadah tangan untuk bacaan doa
Nilai: Tawakkal
Kemahiran:
Menghafaz
Set induksi
(5 minit)
Simulasi
Emak: Ali, tolong pergi ke kedai sekejap. Tolong Emak belikan barang.
Anak: Baiklah Emak, kejap lagi Ali pergi.

Bapa: Liza , tolong bapa cucikan kereta.
Anak: Ala Bapa ni. Liza penatlah, Bapa.
-Guru memanggil empat orang murid untuk melakunkan watak.
Dua orang wakil murid melakonkan watak seorang ibu dan anaknya, manakala dua orang murid lagi melakonkan watak seorang bapa dan anaknya.
-Guru menyoal murid apakan yang dilakonkan oleh empat orang wakil murid itu tadi
-Murid memberikan jawapan berdasarkan pemahaman murid
-Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pembelajaran
Nilai:
Berani
Bersungguh-sungguh

Kemahiran:
Berlakon

Alat Bantu Mengajar:
Skrap lakonan
Langkah 1
( 5 minit)
Definisi pahala:
Balasan baik yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya.

Definisi dosa:
Balasan buruk di akhirat ke atas hambaNya yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranganNya.
-Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengertian dosa dan pahala.
-Murid memberi jawapan mengikut pengetahuan mereka.
-Guru menerangkan dan melengkapkan jawapan murid.
Nilai:
Yakin
Patuh

Kemahiran:
Bercakap

Alat bantu mengajar:
Kad manila
Langkah 2
( 5 minit)
7.فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
8.وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula
-Guru meletakkan dalil dosa dan pahala.
-Guru membaca dalil daripada Al-Quran.
-Guru menerangkan maksud dalil tersebut.
-Guru menerangkan secara terperinci ganjaran dan balasan melakukan kebaikan dan keburukan.
Nilai:
Yakin

Kemahiran :
Mendengar

Alat bantu mengajar:
Kad manila
Kad ayat

Langkah 3
(5 minit)
- Guru bersoal jawab dengan murid
Aktiviti individu
lekatkan perkara-perkara yang boleh memberi pahala dan perkara yang boleh mendatangkan dosa.
Perkara-perkara yang mendatangkan pahala
      1. tolong menolong
      2. menghormati orang tua.
      3. Menuntut ilmu
      4. Bersedekah
      5. Membaca Al-Quran
 
Perkara-perkara yang mendatangkan dosa.
      1. Mencuri
      2. Merompak
      3. Tidak menghormati orang
          tua
      4. Syirik
      5. murtad
- Guru bersoal jawab dengan murid perkara-perkara yang mendapat pahala dan perkara yang mendatangkan dosa mengikut kefahaman murid

-Guru memberi kad jawapan kepada setiap individu dan menyuruh murid melekat di papan putih.
-Guru memberi masa kepada murid untuk mencari jawapan.
-Guru menerangkan secara terperinci hasil persembahan murid.
Nilai:
Kerjasama
Sumbangsaran

Alat bantu mengajar:
Kad ayat
Kad huruf
Langkah 4
(4minit)
Membaca perkataan dan kad jawapan yang dilekatkan di papan hitam
-Guru menyuruh murid-murid berinteraksi sesama kawan mengenai jawapan yang dipamerkan oleh murid
-Guru menyuruh murid membaca jawapan secara kelas, kumpulan dan individu
Nilai:
Sumbangsaran
Yakin
Alat bantu mengajar
Kad perkataan
Penutup
(4 minit)
Pengukuhan
Penyoalan kepada murid mengenai isi pelajarean
-Guru bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menerangkan semula mengenai isi pelajaran yang telah dilaksanakan secara kelas, kumpulan dan individu
Nilai:
Berminat




''//'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan